5 Strategi pemasaran untuk bisnes online

Hai bloggers and readers, terima kasih sudi singgah ke blog keladi dan membaca artikel ini, semalam keladi ada update entri tentang "Kedai Online, Wajarkah dibina ketika ekonomi merundum?" Jika korang yang belum baca jom klik di sini. Untuk entri kali ini keladi akan mengupas tentang 5 strategi pemasaran untuk bisnes online, ilmu ini macam biasalah keladi dapat daripada mengikuti kelas dan krusus perniagaan online, kiranya memang banyak tapi yang paling keladi suka ikuti adalah kelas Irfan Khairi, jika korang berminat untuk ikuti tetapi duduk  luar daripada Lembah Klang, jangan risau sebab kelas ini dibuat secara online dan nak tahu lebih lanjut, jom klik disini.

5 Strategi pemasaran untuk bisnes online
Bisnes Online nampak macam senang, tapi hakikatnya bukan senang yang disangka,
jom ikuti keladi memberi rahsia strategi pemasaran bisnes online


Okey kita tinggalkan dulu kelas saya dan En Irfan Khairi tu, dan sekarang ni keladi akan share kepada korang tentang strategi pemasaran untuk bisnes online.

Aikk, kejap lupa pulak, sebelum keladi tuliskan point-point tersebut, keladi nak share dulu pengalaman keladi berbisnes online ni, kiranya keladi agak lama jugalah terlibat dalam bisnes online tetapi itulah yang orang kata, melayu ni jika berbisnes hangat-hangat tahi ayam je, bila tengok orang lain buat tu, sibuk pulak nak buat, dan bila orang lain buat dropship, nak ikut jugak, bila ada yang telah jadi jutawan affiliate sibuk jugak nak buat, bila ada orang sudah berjaya buat e-book, nak buat juga, last nya, semua tak menjadi, dropship entah kemana, produk sendiri entah ke mana, affiliate entah ke mana dan entah apa-apa, semuanya entah kemana, memang secara khususnya, keladi tidak sepenuh masa terlibat dalam pemasaran ataupun penjualan secara online, tetapi latarbelakang keladi dan pengalaman keladi sedikit sebanyak dapat mengetahui cara dan pemasaran yang sepatutnya digunakan untuk berjaya dalam bisnes online. Jadi, untuk tahun 2016, keladi dah tak nak ke mana-mana, dan tak nak jadi lalang lagi, keladi perlu fokus pada sesuatu core bisnes online saja, dan tak nak terikut-ikut sangat tentang trend yang berlaku sekarang ni, itulah sebabnya sedaya upaya keladi mengikuti krusus dan terus mencari ilmu dalam bisnes online, dan apa salahnya keladi share kepada korang pulak, oo ya, terlupa pula, bagi mereka yang ingin membina website jualan tetapi tiada kemahiran jangan risau, kedaionlinez akan membantu anda, dan harganya pula sangat berpatutan, sudah ramai yang telah mengunakan service kedaionlinez, nak tau lebih lanjut jom klik disini, korang boleh hubungi terus admin mereka.

5 Strategi Pemasaran Untuk Bisnes Online
  1. Content Marketing : Informasi untuk pengguna di internet, kaedah yang saya pelajari, untuk berbisnes online ini bukan saja kita menjual tetapi cuba bawa pelanggan kita untuk mengenali dan mengetahui dahulu, maksudnya, kita perlu menyediakan maklumat dan informasi yang diperlukan, dan seterusnya barulah kita memasarkannya, Informasi yang kita sediakan untuk prospek dan pengguna internet adalah dalam pelbagai bentuk samada artikel, testimonial, bahan visual atau audio, selain dapat menarik prospek dan pengguna internet untuk terus mengikuti laman jualan kita, ia juga dapat menunjukkan sifat profesional dan kreadibiliti kita terhadap barang ataupun produk yang kita jual secara online itu, nanti tinggi kepercayaan pelanggan terhadap bisnes kita tu.
  2. Mobile Marketing : Kajian telah dibuat dan mendapati hampir 90% pengguna internet didunia menggunakan peranti mobile phone untuk mengakses internet, tak kisahlah mereka menggunakan tablet, Iphone ataupun Android yang pasti kita yang menjual produk secara online ni perlu memastikan laman jualan kita "user friendly" terhadap peranti phone tersebut. Jadi jangan nak menyesal jika pelanggan lari daripada laman jualan kita gara-gara kesusahan mereka untuk melihat produk jualan, ataupun laman jualan kita tu menyusahkan mereka untuk berwindow shopping. Untuk laman website yang mesra pengguna, tidak perlu risau, kerana keladi pun pada mulanya memang tidak pandai tapi nasib baik ada kedionlinez, hanya beritahu idea kita mereka akan membantu, dan website jualan kita tu nanti mesra pengguna tau, nak tau lebih lanjut jom klik disini
  3. Continuous Marketing : Dalam kefahaman keladi, continuos marketing ini adalah pemasaran produk melalui jaringan sosial. Masakini memang banyak jaringan media sosial ini, dan ada antaranya yang memang ramai pengikut dan penggunanya, jadi mungkin daripada ini kita boleh mencari dan mengkaji serba sedikit permintaan dan trend terkini para pengguna, maka bolehlah kita relatekan nanti untuk produk jualan kita. contohnya, laman facebook, memang mugkin korang akan kata, keladi ni asik cakap tentang facebook je, tak habis-habis, tapi itulah hakikatnya, laman facebook ni memang ramai pengikutnya, jadi keladi cuba fokus pada facebook untuk menunjukkan contoh, kita cuba update status tentang produk kecantikan yang menjadi pilihan ramai dan tanya kepada pengguna FB tentang produk tersebut, dan cuba kita interaksi juga kepada mereka yang berminat untuk berkongsi pengalaman mereka tentang keberkesanan menggunakan produk tersebut, mugkin ada antara pengguna ni memang seronok ingin berkongsi produk yang mereka gunakan dan ini adalah peluang untuk kita melihat daripada sudut kualiti yang harus kita tingkatkan dalam produk kita nanti, dan mugkin kita tahu apa sebenarnya masalah pengguna. Disini keladi nak share juga tentang pemasaran di Facebook, keladi pun macam korang juga buat jualan di Facebook tetapi tidak berjaya sebabnya korang perlu klik disini, irfan khairi ada bercerita sebab tak mampu buat jualan di FB dan beliau telah  menunjukkan cara-cara untuk kita berjaya dalam pemasaran Facebook.
  4. Integrated Digital Marketing : Yang ini korang pun sudah tau, penggabungan diantara media sosial dalam melakukan pemasaran. Jika nak berperang takkan lah kita hanya gunakan satu senjata sahaja, tentulah kita akan bawa pelbagai senjata untuk bertempur di medan peperangan tersebut, jadi korang sudah fahamkan apa maksud keladi tu.
  5. Visual Marketing : Jika waktu belajar dulu, cikgu kita selalu minta buat peta minda supaya mudah mengingati fakta dan sesuatu maklumat yang kita sukar faham, dan kini zaman bisnes online juga kita perlu praktikkannya. Tak payah rasanya keladi nak bercerita panjang, korang pun lebih kreatif dalam mempersembahkan produk kepada pelanggan supaya ia lebih mudah diingati,  gambar yang kita tunjukkan dalam laman jualan kita, jadi cuba tarik visual yang kreatif dalam mencari prospek untuk produk kita tu. Jangan lupa ya, buat video dan share ke Youtube, Pinterest, vine, atau laman sosial yang lain, sekarang ni banyak sangat keladi pun tak terkejar pulak.
  6. Bonus Point : Personalized Marketing : kita tahu kumpulan sasaran dan target terhadap produk kita tu, dan kita ada maklumat prospek tersebut yang berminat terhadap produk kita, jadi dengan  ini mudah bagi kita,  cuba tampilkan sesuatu yang menarik untuk mereka sama ada beri ucapan selamat hari lahir ataupun ulang tahun perkahwinan mereka, ini secara tidak langsung kita cuba membawa nama perniagaan kita lebih bersifat mesra pelanggan, dan mugkin ini memberi perspektif yang positif terhadap prospek tentang perjalanan perniagaan kita yang lebih mengutamakan pengguna, dan mugkin jangan terkejut pelanggan yang tidak disangka-sangka akan hadir untuk kita gara-gara mugkin prospek kita bercerita tentang perniagaan yang kita jalankan itu.

Jika korang ingin membina website jualan yang mesra pengguna jom klik disini kedaiolinez

Menarik ke tidak entri keladi ini, hihihihi, ia sebagai salah satu ilmu yang keladi perlu kongsi kepada mereka yang memerlukannya, maklumlah untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini memang banyak duit perlu dilaburkan, perniagaan pun tak stabil lagi dah kena bayar yuran pula untuk kita ikuti kelas-kelas tersebut, jadi bagaimana nak buat jualan, asyik kena bayaran je untuk dapatkan ilmu tentang perniagaan online tu, itu sebablah keladi cuba kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk korang, jadi tak salah kan, entri akan datang keladi akan kongsikan lagi tentang ilmu perniagaan internet yang lain, jangan lupa tau untuk terus ikuti. Keladi sudah ikuti kelas Irfan Khairi, korang bila lagi....

Panduan lengkap buat duit dengan blog !!!


Panduan Buat Duit Blog

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com