www.niagaaffiliate.biz menipu?

Hai bloggers and readers, terima kasih singgah ke blog keladi dan baca artikel-artikel di blog ini, korang macam biasalah bila ada je kejayaan dalam sesuatu bidang dan di publisitikan secara besar-besaran pasti akan kita terus tertarik untuk sertai, (mesti korang tak faham apa maksud keladi kan)

Okay, keladi terangkan lebih lanjut, jom terus baca artikel ini,

Maksud keladi tentang situasi yang berlaku dan menjadi trend kot seperti situasi ini, dulu waktu tahun 2000 awal pengenalan teknologi kita semua kurang yakin yang satu hari kita semua boleh akses internet dimana-mana kita berada dan kini semua yang kita tak yakin dan mugkin dikira mustahil menjadi kenyataan. Dulu juga selalu keladi terbayangkan, betul ke pada masa akan datang manusia tidak perlu membawa sebarang dokumen untuk  sesuatu urusan kerja, maklumlah jika kita tengok orang-orang koler putih bekerja, banyak dokumen yang mereka bawa bersama, dan keladi pula ketika itu memang tak percaya pun yang satu hari nanti urusan kerja kita hanya dengan satu memory card yang akan menyimpan semua dokumen yang dulunya perlu dipegang, dan terus bermain difikiran keladi ketika itu yang kita satu hari nanti boleh mencari duit sampingan hanya satu klik dan akun bank kita akan bertambah duitnya, itu semua dulu, ketika itu keladi dikira anak kampung yang masih tertutup minda kreatifnya, dan kini di tahun 2016 keladi serta kita semua pasti dan mewajibkan diri bahawa talian internet sangat penting untuk kita, sehinggakan kita nak membeli belah pun hanya di hujung jari je, dan yang lagi penting untuk transfer sebarang pembayaran pun hanya klik di hujung jari saja, segala-galanya telah berubah dan teknologi terus laju berlari meninggalkan kita yang masih terkial-kial ni. Alamak keladi dah melarut pula, sebenarnya keladi nak kaitkan tentang cari duit samping dengan online, sebab sekarang ini menjadi satu trend sebab sudah ada yang telah mencapai status jutawan gara-gara penangan internet @ jalur lebar, tapi itulah orang tua-tua kata disebalik kemanisan mesti ada kepahitan, tak semestinya yang kita lihat baik dan ia akan baik untuk kita, tetapi hanya ilmu yang dapat membantu kita terus tidak kalah dengan teknologi tersebut.

www.niagaaffiliate.biz memang menipu

Cerita pengalaman keladi dalam mencari duit sampingan secara online ini memang banyak, dan kiranya hanya keladi je yang tahu, dan korang pun tak ingin nak tahu kot, tapi keladi yakin korang juga ada asam garam dalam mencari duit sampingan secara beronline, dan tak nak berkongsi kisah duka tersebut dan mugkin jika boleh  dibuat dalam bentuk e-book serta orang ramai perlu membeli e-book tersebut barulah korang nak berkongsi teknik dan strategi tu kan, alah biasa lah bro...nak cari duit secara online ni pelbagai cara!' , yalah kan mana tak nya, orang perlu beli hasil penulisan kita, dan kita pula mendapat ganjaran daripada hasil yang kita lakukan itu, kemudiannya  bila ada seseorang yang berjaya dalam mendapatkan duit melalui online, pasti akan ada ikutan, kirannya menjadi trend daripada senario yang berlaku itu, keladi juga macam korang, selalu je baca kisah kejayaan otai-otai jutawan internet, seronok rasanya jika kita juga senasib dengan mereka, tapi semua tu tak mudah yang keladi sangkakan, rupaya banyak langkah dan ilmu yang mesti dan wajib kita pelajari sebelum diri kita bergelar jutawan internet, dan keladi nak katakan keladi terjerat dalam niagaaffiliate.biz.

Puncanya adalah gara-gara hasutan otai internet, otai @ senior pakar internet ni bijak merancang strategi mereka dalam mengaut keuntungan yang dikira hanya sebelah pihak saja yang mendapat keuntungan, kirannya jika engkau bijak dan licik pasti engkau dapat untung, jika engkau kurang bijik dan lembab mesti engkau akan mendapat kerugian, yang kerugian tu adalah keladi #aku dah tak nak gagal lagi. Korang pernah dengar ke niagaaffiliate.biz tu?, kiranya niagaaffiliate ni adalah sama seperti sistem affiliate yang ada dipasaran internet kini, dan korang perlu mencari rakan atau member untuk turut join dengan mengklik ID kita, sama je konsep affiliatekan, tapi kenapa saya kata sistem affiliate yang dijalankan oleh niagaaffiliate ni menipu, sebabnya sistem ini berbayar, korang yang nak join perlu bayar pada pakej yang korang pilih, ada je free, tapi mugkin susah untuk dapat keuntungan, katanya, jika korang adalah salah seorang member untuk sistem dan mugkin telah banyak menghasilkan pendapatan daripada sistem ini maaf lah ya keladi katakan sistem ini memang menidas orang.

Baca artikel ini : Kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan

Nanti mesti ada orang akan kata, padan muka engkau keladi, siapa suruh engkau join!', keladi sudah kata beberapa kali, trend untuk menjadi jutawan internet tu sentiasa membara, mana taknya, selalu je orang cerita yang dia boleh buat duit hanya dengan satu klik dan dalam masa tak sampai beberapa tahun sudah boleh beli kereta, cash pulak tu, mana tak keladi rasa teruja nak join, itu sebabnya keladi yang cetek ilmu ni terus join membabi buta join sistem tersebut gara-gara nak dapat gelaran jutawan internet segera, tapi semua tu tak mudah pada niagaaffiliate.biz ni, mugkin boleh untuk sistem affiliate yang lain tapi bukan niagaaffiliate.biz. Padan muka kat aku!, biarlah malas untuk fikir, mugkin ini dikatakan pengalaman dan asam garam yang mesti kita lalui jika ingin menjadi pakar buat duit secara online. senang cerita lepas ini keladi mesti berhati-hati dengan mereka-mereka yang selalu merancang sesuatu yang dikira cuba mengaut keuntungan daripada kelemahan orang lain.

Keladi tak nak cerita ke tentang Modes Operandi dalam sistem niagaaffiliate.biz?

Fobia keladi dengan nama Boon Lee tu, kiranya tak payah korang nak mengkayakan dia tu, nak cerita tentang Modes Operandi sistem ini pun rasanya korang sudah tahu, kita perlu membeli e-book yang dijual dan isi dalam e-book tu entah copy and paste daripada mana entah, itulah kebijakan si Boon Lee ni, satu cara lagi korang boleh buat duit daripada sistem ini adalah dengan korang menjemput rakan-rakan ataupun orang ramai menyertai sistem ini dan dengan syarat mereka daftar sistem ini secara berbayar, tak ada nak free-free, baru korang akan dapat duit, jika tidak, jangan haraplah si Boon Lee ni nak bagi korang duit. Berhati-hatilah ya, jika korang nak menolong pun, biarlah pada orang yang betul, tak payah korang nak tertipu lagi, sebabnya bila korang sudah daftar dan buat pembayaran, lagkah seterusnya korang perlu beli lagi sistem, sistem tu dinamakan autoresponder, dan yang lagi malang, database untuk autoresponder diorang tu adalah daripada kita yang mendaftarnya, jadi memang setiap hari si Boon Lee dan kuncu-kuncunya akan menyuruh kita ambil pakej yang dikira ekslusif dan pakej tu bukan murah ya, entahlah sekarang ni pandai diorang yang pakar nak menipu orang, susah nak kata apa, keladi cerita ni bukan sebab geram dan cemburu dengan si Boo Lee yang sudah jadi kaya gara-gara menipu orang, tetapi sebagai pengajaran untuk korang, dan jika ingin pilih sistem affiliate untuk mendapat duit sampingan pilihlah sistem yang tidak perlu berbayar dan mugkin kita perlu belajar lebih sikit tapi tak mengapa ilmu tu bukan untuk sementara tetapi untuk selama-lamanya dan keuntungan juga kita yang perolehinya nanti.

Jika korang rasa nak belajar lebih banyak tentang ilmu mencari duit samping menggunakan medium online sila klik di Akedemi Irfan Khairi kerana bukan saja korang belajar cara mencari duit menggunakan facebook, tetapi banyak lagi ilmu yang baru dalam mencari teknik dan strategi dalam memaksimumkan keuntungan dalam menambahkan pendapatan.

Okay, berbalik semula tentang si Boon Lee menipu tu, kini korang tak payah nak mengklik di sistem tersebut sebabnya, mereka sudah mengubah strategi dengan berpindah ke laman website lain, maklumlah takut nanti lama-lama orang akan tahu niat jahat si Boon Lee tu, sekarang ni diorang pindah ke Mybesteam, modes operandinya masih sama, korang perlu beli e-book, cari oarang untuk sertai sistem ini secara berbayar, tapi jika korang rasa sesuai dan suka nak memberi duit korang tu dekat si Boon Lee, silalah, keladi tak menghalang sebab duit korang kan.

www.niagaaffiliate.biz menipu?
Contoh Iklan yang keladi selalu dapat daripada pihak Niagaaffiliate


www.niagaaffiliate.biz menipu?
Memang susah la nak dapat keuntungan daripada sistem ini,
Niagaaffiliate ni memang menipu ke?

www.niagaaffiliate.biz menipu?
Niagaaffiliate sudah pun tamat,
tak boleh lama-lama takut nanti orang sedar yang sistem ini menipu,
lepas tu suruh ke sistem MYBESTEAM.COM, ini pun salah satu sistem yang menipu,
jika korang nak beri duit kat sistem ini cubalah.


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com