Hai blogger and readers, korang keladi nak ucap terima kasih kerana terus mengikuti dan singgah ke blog keladi ni, #tak tulis ayat klise boleh tak!,
Okey, bila netizen mengamuk, blogger pula takkan nak buat bodoh!
Keladi apa sebenarnya yang nak engkau kata tu!"
Setiap hari ada saja ko blame manusia yang tak berdosa, ingat ya dunia blogger ini tak ada halangan untuk sesiapa saja menyertainya, malah orang yang hidup sebagai gelendangan tu pun boleh buat blog, kiranya semua orang boleh aktif berblog!" pesanan tok keladi.
Ya, aku faham tok keladi, tapi sekarang ni yang keladi nak cerita, bila si netizen ni mengamuk, takkan le blogger buat tak tau je.

Netizen dan Blogger tu bukan benda yang sama ke?
Ohh yer ke!!
Bila Netizen mengamuk, blogger pula buat-buat bodoh
Upss, sengaja je keladi bikin panas, sebenarnya kalo korang faham lah kan, netizen tu merujuk kepada siapa ya, dan blogger tu pulak merujuk kepada siapa!'
Kalo keladi lah kan, fahaman tentang netizen dan blogger ni adalah sama, iaitu kita semua, betul ke fahaman aku ni, tak nak panggil tok keladi, sebab keladi nak tanya korang semua
Betul tak netizen dan blogger ni adalah orang yang sama?
Tak betul, oook yang kata tak betul tu, jom teruskan pembacaan anda, korang tengok je lah, dunia sekarang sudah bergerak dengan pantas, pelbagai informasi dan maklumat kita perolehi dengan pantas, kiranya hanya satu klik jer, jadi siapa yang berada didalam dunia tersebut, takkan ler haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan, ataupun makhluk halus, memang sudah tentu kitalah yang mempunyai akal dan fikiran ni yang berada didunia internet, dan siapa pula yang mencorakkan perkembangan dan informasi didunia internet tu?, jawapan tetap sama, tak lain dan tak bukan kita juga, dan maka disebabkan itu wujudlah si blogger-blogger di dunia alam maya.
Maka,
Netizen VS Blogger akan bertukar menjadi Netizen + Blogger = Dunia Informasi berasaskan teknologi maklumat, dan tak perlulah nak kata bila netizen mengamuk, blogger pula tak payah nak buat-buat bodoh.
Sebabnya Netizen dan Blogger tu adalah orang yang sama, iaitu kita semua yang selalu mendapatkan maklumat dengan melayari internet, dan kita juga menggunakan internet untuk menyalurkan maklumat, serta kita juga lah yang mencorakkan berita-berita dan informsi tersebut.
aikk, kejap keladi kenapa pulak ko nak bercerita bagai tentang perkara ini, semua orang sudah tau lah, yang kita semua ni netizen.
Hello korang-korang yang sedang membaca artikel ini, dan mugkin si netizen kelas bawahan, korang tak perasan ke, ada dikalangan kita ni memang lah selalu menggunakan internet dalam urusan mencari maklumat tapi ada dikalangan kita juga yang hanya membaca je, tak ada kesan dan tindak balas langsung dengan apa yang dibaca tu, kiranya nak dikategorikan sebagai netizen juga ke?
Dan bagi mereka yang fanatik dan obses pulak, asyik nak menghentam orang je, adakah itu yang sepatutnya dikategorikan sebagai NETIZEN.
Aikk!!! aku lagi tak faham dengan penulisan ko ni keladi!' kejap kata tu kejap kata ni, apa sebenarnya yang berlaku ni, dan bila si netizen ni mengamuk kenapa lah si blogger pulak nak buat-buat bodoh.
Tak payah nak pening kepala, ya korang semua, keladi cuma nak kata, kita sebagai blogger dan kita juga adalah netizen. mudah je tak payah nak serabut kepala.
Entri ini terlalu pendek pulak, nak sambung nampak mengarut nanti, jadi tak nak cerita panjang lah, harap korang faham si netizen ni kalo dah mengamuk boleh mengoncangkan kerajaan tau, dan lagi satu, bahaya netizen ni, bila dah komen tak boleh nak control, tambahan sekarang ni dunia tanpa sempadan, memang tak ada siapa yang boleh menghalangnya, kecualilah kerajaan memblok semua media sosial, habis lah kita #netizen ni, tapi itu semua tak akan berlakulah, memang mustahil, jadi selagi ada manusia dan kehidupan selagi itu lah akan wujud netizen, dan bila netizen ni sudah mengamuk blogger pulak tentulah akan tulis blog tak kan tak nak tarik page view yang tinggi bro....

1 comment:
www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...
Post a Comment