Hai bloggers and readers, terima kasih ya yang sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, keladi seorang blogger proffesional dan bakal menjadi blogger sepenuh masa.
Jangan lari daripada membaca artikel ini, kenapa Aqif Azizan menipu blogger di Sepetang Bersama Blogger 2016?
Korang mungkin blogger-blogger kononnya hebat tu akan kecam keladi gara-gara mengatakan yang keladi ni suka-suka nak kata tuan Aqif Azizan ni penipu.
Padahal semalam kat Sepetang Bersama Blogger 2016, dia bersungguh kot menyampaikan tip dan maklumat untuk blogger-blogger yang hadir!"
Tak suka tapi tersedar yang blogger ni perlu berubah daripada jadi blogger syok sendiri kepada blogger realiti.
Tuan Aqif Azizan pesan kepada blogger-blogger yang hadir semalam, nampak betul-betul macam menipulah si Aqif Azizan ni, ada ke dia kata
- Buat blog untuk dijual - dia kata korang yang hidup sebagai blogger syok sendiri tu, cubalah ubah-ubah sikit, supaya korang boleh maju dengan blog yang mempunyai niche menarik, kiranya blog korang nanti mempunyai nilai dan ada orang yang sudi membelinya.
- Jangan berfikir untuk menghasilkan banyak artikel semata-mata - korang dah nampak tak belang si Aqif Azizan ni, dia kata jangan hanya asik nak kejar jumlah entri yang banyak di blog tu, gila ke apa dia ni!". Keladi rasa dia ni sakit jiwa, dia minta blogger-blogger di Malaysia ni cuba hasilkan artikel yang berkualiti, lepas tu dia kata, bila nak menulis tu kena fikir berapa orang yang akan membaca artikel kita tu.
- Lepas tu kan, blogger-blogger yang tak pergi semalam tu tak ke rasa rugi ke sebab tak dapat lihat si penipu ni beritahu, yang blog kita perlu mempunyai content yang menarik dan dicari oleh orang ramai.
- Si Aqif Azizan minta kita semua blogger untuk tanya pembaca dulu sebelum kita menulis artikel, dia kata korang kena tanya pembaca apa yang hendak ditulis, nampak macam mengarutkan!!
- Dia ada kata jugak, yang dia tak pentingkan sangat jumlah follower, dan bagi dia database email yang banyak tulah potensi untuk menjana income, bukan berdasarkan jumlah follower kita tu.
- Sudahnya, dia perli kita semua, blogger yang ada domain dan hosting tu jangan nak berbangga sangat sehingga terlupa nak renew pulak.
So, apa yang hebat sangat si Aqif Azizan ni, kata pakar bagi penulisan iklan @ ccopywriting dan penulis best seller buku magnet kekayaan bersama Dr Azizan tu.
Tapi kenapa nak menipu kami sebagai blogger ni.
Korang jangan kata si Aqif Azizan ni anak kepada Dr Azizan, sebabnya memang nampak menipu sangat. Jauh pangang daripada api
Dan di akhir ucapannya Tuan Aqif Azizan menipu kami lagi sebagai blogger dengan pesanannya
Blog : Ambil berat terhadap pembaca kita.
Berniaga : Ambil berat terhadap pelanggan kita.
So, kenapa lah si Aqif Azizan ni nak menipu kami dengan benda-benda yang mengarut ni....baik korang ambil pesanan keladi ni untuk mereka-mereka yang mempunyai produk untuk dijual
Blog keladi ni trafiknya cuma 300 seminggu, dalam perancangan nak tingkatkan ke 300 untuk satu hari dan mungkin lebih, sebelum hujung tahun ini trafik blog akan menjadi 70000, jadi keladi nak buka offer bagi mereka yang nak keladi tolong reviewkan produk mereka di blog ini, hanya RM100 je, tahun depan mungkin akan meningkat menjadi RM1000 jika trafik blog ni mencapai 1 juta pengunjung.
No comments:
Post a Comment