Hai Bloggers and readers, bagaimana ya, blog korang, sudah tercapai ke apa yang diidam-idamkan di arena blog tu.
Yup, awal tahun 2016, keladi ada set banyak matlamat untuk memajukan blog keladi yang tak seberapa ni, kiranya, target tahun ni nak dapat banyak follower, lepas tu nak naikkan trafik blog, dan bla..bla...bla....kiranya gila-gilalah nak buat...tapi kan korang, tak sampai berberapa bulan berlalu, matlamat tu semakin lama, semakin pudar.
Dan kiranya semakin lama semakin hilang taring keladi nak berblog, dan asik nak buat tu nak buat ni, sudah nya nak ringkaskan cerita, pengisian blog didalam blog keladi ni kosong....kosong dan kosong tanpa apa-apa pengisian.
Perasaan diri ni semakin lama semakin penat nak mengejar status blogger popular, tetapi ia langsung tidak memberi sebarang pulangan terhadap apa yang diinginkan. Penat memang penat uolsss, banyak masa sudah terbuang, sepatutnya masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang lebih faedah.
Perasaan diri ni semakin lama semakin penat nak mengejar status blogger popular, tetapi ia langsung tidak memberi sebarang pulangan terhadap apa yang diinginkan. Penat memang penat uolsss, banyak masa sudah terbuang, sepatutnya masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang lebih faedah.
Bayangkan jika keladi meninggal dunia, dan korang yang hidup pula membaca blog keladi ni, dan blog keladi pulak :-
- Blog banyak bercerita hal keduniaan.
- Blog banyak merepek dan merapu tanpa memberi kesan dan ilmu kepada orang yang membacanya.
- Blog syok sendiri, menceritakan hal-hal yang tak sepatutnya di kongsi kepada umum
- Blog tiada apa-apa fungsi, hanya copy and paste maklumat yang berbaur fitnah dan hasutan
- Blog ke arah dunia hiburan yang banyak gossip dan umpat-mengumpat.
- Blog banyak ambil kisah viral yang kurang manfaatnya.
Jadi, mugkin ketika di alam barzakh nanti, selama korang membaca blog ni, mugkin keladi akan terseksa dengan dosa-dosa yang dilakukan terhadap pengisian yang ditulis didalam blog ini, Dan andaikan blog ini tidak dapat di padamkan sehingga akhir hanyat dunia ini, hanya tuhan saja kan yang tahu, betapa dahsyatnya dosa yang akan keladi tanggung nanti.
Dan, jika blog keladi ni pulak cerita benda-benda yang dianggap syok sendiri, so kiranya kalo keladi meninggal nanti....tiada apa-apa yang boleh dijadikan bekalan di akhirat, hanya sia-sia je keladi menulis, buang masa je.....patut ler ada sesetengah orang didunia ni kata blogger tu mengarut je, buang masa je, tau nyer nak memburuk-burukkan keadaan, dan mencurah minyak tanah ke dalam api yang sedang marak. #hello blog ini tak macam tu tau, bagi penulis blog yang terasa tu, maaf yer.
Rasa takut jugak, nak-nak jika benar kita sebagi penulis blog meninggal secara tiba-tiba, hello mati tak siapa tau tau, kot-kot habis je keladi tulis entri ni, tuhan pun mengambil nyawa keladi dan tak sempat pulak nak beritahu password kat waris tu....aduh.....sakitnya ku di kubur...hanya tuhan saja yang tahu.....
So, adakah kita jadi blogger ni hanya untuk dunia.....
Berblog bukan untuk seketika, tetapi ia perlu berkekalan manfaatnya untuk semua.
![]() |
Ikhsan Google Images, Jom audit diri, adakah kita benar-benar menjadi blogger yang bermanfaat untuk semua. |
Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti



No comments:
Post a Comment