Hai bloggers and readers, terima kasih ya kerana singgah ke blog keladi ni, semoga perkongsian keladi ni membawa manfaat untuk semua.
Bila sebut pasal menyimpan duit ni, apa yang korang akan fikir?
- Gaji kecik nak simpan macam mana!!
- Aduh, tak boleh nak simpanlah banyak komitmen!!
- Duit KWSP kan ada, buat apa nak menyimpan lagi.
- Umur Muda lagi, nanti lah fikir pasal simpan duit n, time dah berumah tangga baru fikir.
- Asyik simpan je duit, nanti mati bukannya boleh bawak pun.
Alasan ini tanpa kita sedari boleh mempengaruhi masalah kehidupan kita satu hari nanti.
Kadang-kadang dah terkena barulah kita nak cari jalan penyelesaiannya.
Macam keladi ni, dulu waktu study kat U, sibuk cari dana untuk meneruskan pinjaman, time tu memang bersyukur sangat sebab PTPTN kan ada.
Bila log in kat website PTPTN tu, tengok status approved, wahhh bukan main suka lagi.
Tapi tak sedar yang duit tu adalah PINJAMAN....dan hampir melarikan diri jugalah time nak bayar.
Memang perit kot.....
Tapi, itu dulu, waktu Pinjaman PTPTN ni tak de syarat wajib kena buat acc SSPN-i ketika memohon pinjaman,
Time zaman tok kaduk keladi yang memang jahil, bab-bab menyimpan ni. Kini, rasanya keladi sudah tak nak menyesal lagi, lepas ni anak-anak keladi harap tak macam keladi dulu, time nak masuk U, baru terhegeh-hegeh cari dana, sudahnya menyusahkan diri pulak, terpaksa meminjam duit. Nasib baik ada PTPTN, kalo tak ada PTPTN macam mana pulak.
Baik kita rancang awal-awal pendidikan anak-anak kita, memang tipulah kalo kita tak nak tengok mereka sambung belajar ke U....
Baik kita rancang awal-awal pendidikan anak-anak kita, memang tipulah kalo kita tak nak tengok mereka sambung belajar ke U....
Dan lebih mudah kita simpan duit kita dengan SSPN-i untuk mereka...
Banyak faedahnya tau, dalam hati keladi berkata, kalolah SSPN-i ni sudah lama berada di pasarankan bagus......
Tapi, kita fikir untuk masa depan adik-adik kita, anak-anak kita...lebih baik bukan...
InsyAllah jika kita bijak merancang tuhan akan membantu kita
Semoga perkongsian keladi memberi manfaat untuk semua, yang baik itu datang daripada Sang Pencipta dan yang buruk juga datang daripadaNya, cuma kita sebagai manusia sering membuat kesilapan, andai ada yang tidak menyukai perkongsian ini, mohon dimaafkan, jika ia bermanfaat pula, mohon disebarkan dan jika ingin tahu lebih lanjut tentang SSPN-i Plus..teruskan pembacaan anda.....
Apakah SSPN-i Plus ?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih



No comments:
Post a Comment