Kembali bersemangat untuk berblog

Hai friends, terima kasih kerana anda telah menjumpai blog ini, tiada apa yang menarik dalam blog ini, ia hanya sekadar coretan seorang pemuda yang datang dari Muar,, #berangan-angan nak bukak gerai jual mee bandung terlebih lazat... tapi susahnya...modal tak de kot!!!!

Tetapi yang nak saya katakan jika anda terus membaca artikel saya, andalah orang yang hebat....yang tak sudi nak teruskan pembacaan tu, tak mengapa, saya tau, masa itu emas kan...so, saya nak kata anda sentiasa dihatiku....cehwahh!!!!

Okey, setelah lama menghilang dalam dunia blog ni, bila masuk balik rasa macam tak simon pulak...betul ke aku dah gila!!!! #saja mencari simpati orang ramai.

Kembali bersemangat untuk berblog.

Kenapa lak tetiba nak mucul semula berblog?


  • Sebab tengok kerancakkan mereka-mereka yang terus-terusan berblog sehingga mencapai tahap yang terlebih-lebih mahir kot.
  • Sebab lain lak, blog ni kan boleh mempromosi diri kita yang terlebih-lebih bermimpi nak bukak bisnes, sekurang-kurangnya, dengan berblog boleh lah kita promote produk kat sini.
  • Sebab yang ni pulak, macam ni, mudah cerita KDO ni selalu jer jelous dengan adik-adik yang popular menjadi blogger terkenal, maklumlah umur muda lagi, tapi income daripada blog..mak aii...tak payah ceritalah der....berjuta-juta lemon uolsss. Jadi nak juga berblog....
  • Sebab yang tak boleh dielakkan, blog ni boleh jadi hobi, lepas tu kita gilap bakat menulis kita, kononnya ada stail sendiri ler, dan yang pasti, lepas sudah nampak bergaya macam seorang penulis yang mahir, sudah tentu, job menulis nanti..masyuk mencurah-curah macam ke ladang gandum.
Itu antara sikit jer kenapa KDO nak berblog, tapi sebab lain adalah meluaskan jenama @ branding..betul uollss...mudah cerita, sekarang ni jenama tu sangat penting tau.

Tengok jelah coca-cola, dia bawak jenama tu bukan setakat jual air jer, tapi pelbagai barang kot, yang boleh mengekalkan jenamanya sampai lah sekarang mugkin akan terus-terusan.
#ko mampu...memang jelous uolss..alangkah best nyer, jika satu hari nanti jenama KDO akan menjadi bualan...dunia ni macam ana yang punya.

Sebab tu lah teruskan langkah ku untuk merepek dan merapu..tak kisah lah berapa ramai yang sudi melihatku yang pasti lepas ini tak nak stop menulis terlalu lama, takut nanti berkarat pulak idea.

Jadi, dengan kehadiran diriku semula ke dunia blog dengan membawa nama KDO dan niche yang lebih menarik, Insyallah...www.keladionline.com akan diterima.





No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com