9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?

"Betul ke kalo kita tak berapa nak banyak duit kita tak akan bahagia!!"

ermmm!!!, banyak cara untuk kita jadi lebih bahagia, sebabnya, orang-orang kaya memanglah akan kata, duit tulah yang memberi kepuasan bagi mereka tetapi jika ukuran kebahagian berkaitan keluarga pula, duit tu bukan jaminannya...Apa cer.....kata duit adalah segala-galanya....#Raja

Bagaimana sebenarnya untuk kita berasa cukup dengan apa yang kita terima, kalo dah orang kaya raya kata, mereka tak bahagia dengan duit yang bertimbun-timbun tu, macam mana pulak dengan mereka yang harta tak bertimbun ni, tentu lain pulak kan persepsi bahagia untuk mereka.

Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!

So, ini bermakna, kita duk sibuk kejar duit, duit, duit, untuk jadi jutawan, dengan hasrat nak capai tahap kebahagian maksimum tapi sebenarnya kita dah terlupa yang selama ini tentang Nikmat syukur....Alhamdulilah......itulah pasalnya sampai sekarang rezeki yang di berikan OlehNya, tak pernahnya cukup, betul tak! betul tak! betul tak!!.

Hai salam kepada pembaca blog keladi yang budiman ni, macam biasalah ya, nak beritahu kat korang baru first jumpa blog saya ni, blog ni hanya perkongsian daripada hati turun  ke mata anda, so, tiada provokasi atau pun unsur-unsur politik berat sebelah kat dalam blog ini, jangan risau untuk adik-adik yang bawah umur tu...teruskan langkah anda untuk membaca erk!!


9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?
9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?


9 Cara Mudah Bagaimana untuk timbulkan rasa syukur?

  • Menilik di dalam dan fizikal diri setiap satu nikmatNya.
  • Melihat setiap nikmat yang diberiNya disekeliling kita
  • Melihat dan memerhatikan apa yang kita ada dibandingkan dengan apa yang orang lain tidak ada dan reda bersyukur.
  • Membayangkan bagaimana kita nikmat kita ditarik balik.
  • Meningati mati dan bagaimana kematian yang kita inginkan.
  • Menziarahi orang yang sakit atau meninggal dunia dan membantu menguruskannya.
  • Bersedekah dan menziarahi orang-orang susah serta faqir miskin/ anak-anak yatim sekurang-kurangnya sebulan sekali jika tidak mampu buat seminggu sekali atau tiap-tiap hari.
  • Solat sunat taubat sentiasa agar sedar kelemahan kita dan bersyukur.
  • Buat kerja-kerja khidmat kepada orang lain terutamanya orang sudah.

Point diatas saya ambil daripada ilmu tok guru bisnes saya, namanya Dr Azizan Osman, siapa yang kenal dia, cakap ok, kat ruang komen.

Bagi saya lah kan, sungguhpun nikmat rezeki kita sedikit yang kita terima, tetapi syukur yang setiasa ada dalam hati, pasti rezeki tersebut berasa cukup untuk kita, dan pesanan terakhir daripada cikgu saya tu, dia kata, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.

"Anda, saya, dan semua.....Kaya dan Berjaya"

Jika anda mencari plan insurans yang mudah untuk pendidikan anak anda
pastikan pilih SSPN-i Plus

Syukur kerana ada pilihan semacam ini untuk masa depan mereka...kan

      

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com