Trafik Blog dan cara untuk tingkatkannya

Sudah berhari saya tak menulis didalam blog ini, "Rasa macam rindu pulak" dan last topik yang saya syok sendiri tulis kat dalam blog ini adalah tentang DR. Azizan Osman, yang kontroversi pasal Ijazah kehormat dia tu, Pembongkaran Penipuan Azizan Osman, Okay topik tu dah basi, kemudian Pihak Dr Azizan pun sudah menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya, dan saya pulak tak mau nak keruhkan lagi keadaan tentang isu tu. Kalo korang nak baca apa kesudahannya cari tajuk "Jawapan Kenapa Dr. Azizan Osman guna PHD Dokter Palsu"

Sekarang saya nak cerita pulak pasal trafik blog, rasa sudah lama tak bukak topik tentang blog ni, al maklum lah, blog ni orang dah mahir, kiranya budak sekolah pun dah pandai tau main blog, inikan pulak kita yang tua bangker ni, kalo tak pandai, susah ler, dunia persaingan blog memang teramat dahsyat erk.  orite nak ke tidak saya tetap akan bercerita tentang Trafik Blog dan apakah caranya untuk kita tingkatkan lagi trafik ke blog kita.

Okay, motif diawal penulisan saya tadi, sengaja saya backlink tajuk "Pembongkaran Penipuan Azizan Osman", sebab apa ? ceritanya begini, topik tu saya tulis sehari selepas pihak Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan berhubungan Doktor Palsu En Azizan Osman, kemudian, saya sebagai blogger yang perasan ni, tulislah tentang isu tu, maka korang tau apa berlaku, Fuhyoooo.....trafik masuk berlambak-lambak beb!!, mana tak nyer, DR Azizan ni memang kuat pengaruhnya, so, secara tak langsung orang nak tau, apa sebenarnya yang berlaku, tak nak mempesiakan peluang, maka, rebut lah peluang keemasan ni. "Ko memang terbaik bro!!, cerita pasal cari mencari ni,  kalo korang taip jer kat Google Search tu, akan keluar lah topik yang kita ingin baca, kebiasaannya kalo lah  hasil penulisan yang berada di Page pertama, kebanyakkannya itulah yang paling ramai orang akan singgah. maklumlah, semua orang  nak  tau sangat apa yang berlaku , bukan nak buat research bagai, zaman nak cepat kan so, yang berjaya berada dimuka pertama tu, dia lah Hero dan  itu lah yang dipanggil SEO.


Dup dap dup dap, yang arif tu mesti korang kata " Kacang Panjang sangat topik ni", tapi yang blur-blur tu akan kata, " Binatang apa pulak tu, tak faham aku". dan blog aku ni macam tak de orang singgah pulak. " itu perkara biasa bagi mereka yang tersangat baru dalam dunia blog erk, tapi ada gak blog otai yang masih kurang trafik nya, so sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah!

Penting sangat ke trafik untuk blog kita ?

Okay, jawapan nya ada 2 jer, Penting trafik blog jika korang benar-benar nak cari duit guna blog, dan Tak penting trafik blog kalo korang tak fikir langsung pasal buat duit kat blog ni, kirannya korang set up blog saja-saja je, nak mengelamun @ meluah rasa hati yang terbuku selama ini. so korang fikir je lah erk, nak cari duit menerusi sistem affiliate ni sangat penting trafik blog tau, kalo tak ada trafik ke blog kita ni, manakan nak kita dapat beribu-ribu daripada sistem affiliate yang kita daftar tu, - kalo otai memang dah biasa, tapi kalo korang newbie - masih blur lagi.

Bagaimana Cara Meningkatkan trafik ?

Caranya adalah.............( sila isi tempat kosong), sebenarnya nak tarik trafik singgah ke blog kita adalah semuanya bergantung kepada artikel yang kita hasilkan, itu sebabnya, mugkin kita ni seorang peminat sukan bola sepak, contohnya lah,  dan dalam blog kita tu, kita banyak bercerita tentang pemain-pemain handalan yang kiranya memang banyak pengikutnya, nak-nak cerita yang kita bawa tu sangat eklusif yang tidak ada pada mana-mana blog, so korang rasa blog kita tu akan sunyi sepi ker? jawapannya tentu tidak, betul korang!, nak tarik trafik ni sebenarnya banyak bergantung kepada jenis artikel yang kita kongsikan, bayangkan kita seorang penyayi popular lah erk, kita tulis jer komen apa-apa yang berlaku kat Malaysia ni, confirm jadi perhatian, so nak tarik trafik yang gila-gila ramai ni, memang banyak cara, sehinggakan sifu blog yang hebat pun sebenarnya tak boleh meramalkannya tau, bagi kita yang memang tak popular ni, macam mana nak tarik trafik berduyun-duyun ke blog kita erk?, jawapannya adalah PERBANYAKKAN ARTIKEL YANG BERKUALITI , kalo dah jadi pro, confirm ada peminat setia yang sentiasa melekat dengan artikel-artikel kita tu.

Berapa banyak artikel yang diperlukan ?

Pertanyaan yang biasa orang tanya, yup, sebenarnya berapa banyak artikel yang sepatutnya kita nak hasilkan, tak boleh nak jawab, sebabnya sangat subjektif, awal-awal saya sudah highlight kan, kalo korang pandai bermain dengan isu semasa yang terkini dan menjadi viral dikalangan netizen, confirm mencanak nanti naik trafiknya. tapi tak boleh jamin jugak, sebabnya ada kaitan dengan SEO, so yang pasti kita mencubakan. Tapi kan korang tak payah give up, mugkin sebab niche blog korang biasa jer, atau memang kurang pengaruh, mugkin korang boleh buat artikel korang menjadi viral, yang ini saya tak nak beritahu, sebabnya fikirlah sendiri erk.

Jadi apa perlu buat untuk tingkatkan Trafik?

Jawapannya adalah kita perlu hasilkan artikel yang memang orang cari dan akan dibaca, biasa lah, macam kita juga kan, contohnya, kalo kita nak berdiet lah kan, tentu lah first kita akan cari bagaimana cara yang sesuai untuk kita berdiet, adakah Diet Atkins sesuai?, jadi nak cari kat mana erk? sudah tentulah di Google Search, so, korang fikir je lah, siapa yang makan pengat sendiri mau ingat lah ya, tapi kan korang, artikel yang dihasilkan tu mesti berkualiti dan menarik tau, sebabnya, perlu ingat erk, kita semua ni dah bijak pandai so, jangan ler tunjukkan sangat kebodohan diri pada orang lain.

Trafik blog dan Adsense

Adsense!! Apa tu adsense? Jumlah trafik kita tu sebenarnya ada kaitan dengan google adsense, yup, jika blog korang masih belum ada iklan google adsense mugkin masih tak jelas, tapi jika korang betul-betul faham dan nak buit duit dengan adsense mesti trafik memang kena tinggi giler, baru lah masyuk. Kalo kurang mana lah nak cari yang sudi klik iklan kita tu, betu tak, betul tak. Jadi, korang sudah bersedia ke nak menerima jumlah kunjung yang beribu-ribu??, mesti ada yang masih blur kan. okay tak payah nak blur, yang pasti kita terus melangkah dan terus belajar ya, dan kita kena ingat, sekarang zaman persaingan, persaingan sangat tinggi, kalo didunia blog ni tak payah cerita lah, memang ramai giler, jadi sebenarnya siapakah yang sudi membaca blog kita ni, atau dengan kata lain pembaca yang benar-benar mengikut hasil penulisan kita ni? Tak ada jawapan, maka, jagan lupa tragetkan pembaca anda, siapa sebenarnya yang anda nak untuk baca blog anda tu. sendiri makan pengat sendiri mau ingat erk.

Itu lah serba sedikit perkongsian saya tentang Trafik Blog, kirannya memang agak sukar kita nak jelas dan bagi kaw kaw punya topik tentang cara nak tingkatkan trafik blog ni, sebabnya, memang banyak jer tip dan caranya yang dikongsi oleh otai-otai blog, korang boleh ikut lah mana yang mampu tetapi perlu diingat ya, sehebat mana pun teknik dan cara kita ikut, perlu tau, trafik akan datang dan pergi, ada jugak yang datang tu akan datang semula dan terus follow, kita sebagi blogger ni mesti lah bijak erk, jangan asik kejar dan kejar trafik sehingga kita lupa yang kita tulis tu mugkin ada yang tidak berpuas hati atau telah menyingung mana-mana pihak, ingat yer, tujuan kita untuk mencari rezeki, tapi nanti bila rezeki diterima, jangan pulak kita tak boleh menjawabnya.



Panduan Buat Duit Blog



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com