Kenapa masih gagal dalam berbisnes konsep Dropship?

Helo hello hello adik-adik ku , assalamulaikum, kenapa muram durjana tu, barang tak laku ke dik!!
.

Kenapa masih gagal dalam berbisnes konsep Dropship?
Bisnes dropship memang mudah tapi jika niat kita semata-mata untuk untung dan tak mahu untuk melaburkan masa dan wang ringgit untuk mencari ilmu. ko memang silap. Dunia dropship penuh dengan persaingan tau, jika malas nak upgred confirm terus tersungkur


Hello semua, ayuh! bangkit semua, jangan rasa give-up menerima kegagalan yang mendatang tu anggap lah ia sebagai ujian untuk kita lalui kejayaan. betoi kan!"

Oriate der, I olls hari ni cuma nak merepek dan merapu jer, maklum lah kalo otak asik tepu je pulak, asal nak taip jer kat key board ni, tetiba pulak, idea tak keluar, hermmm, benci tau benci tau, ni mesti dah kena santau niang rapik tujuh keturunan kan. Khikhikhik, saja berlawak,!' NoP, tak baik menuduh tau, kalo bisnes down jer, mesti uools akan kata macam tu kan, ini kalo dunia bisnes offline lah , tapi kalo bisnes online, dan perniagaan tu pulak, down and slow dan terus sendu, nak salahkan pak pawang ker, yang buat bisnes kita jadi macam tu. Ayaiooo!!' mana mau bikin ler. Jangan sampai terkentut dikhayalak ramai der. saja aku membel #asik berangan uolls. Okay abaikan kata-kata diatas sana, kalo faham. faham jer lah, tapi kalo adik-adik ku yang tak faham, abaikkan aje, anggap ini perenggan permulaan yang paling memeningkan di dunia blogku ini. ahahahhaha.

Nak sambung sembang2 yang sepatutnya nya abang keladi cerita ni.

Kenapa masih gagal dalam berbisnes konsep Dropship?

Kenapa dik, ko tak buat promosi ker dik. kalo maaalas memang lah fail. GAGAL. tapi kalo rajin pulak belum tentu bisnes dropship tu UP. ada gak yang slow jer. apa sebabnya erk. 

Okay, Jom tanya sifu dropship.

Kenapa sifu dropship, kenapa erk, kenapa bisnes saya ni down giler, satu jualan pown tak laku, susah ke orang nak beli dengan kita, padahal pengguna internet ni dekat 10 juta, nie statistik di Malaysia jer, belum masuk dunia lagi. TOOOOOOlong ler wahai sifu dropship. hantar kan inspirasi untuk kami newbie ni terpecut dan lajuz dalam bisnes dropship ni.

Hello abang keladi mencelah kejap. Dah ku kata wahai newbie yang kobies ni, uolls semua jangan harap bisnes tu baru bermula malam tadi, pagi-pagi besok nyer, jualan dah kencang sehebat artis menjual minyak wangi. hello sekali lagi budak-budak newbie hinggusan ni, korang kena berpijak pada dunia nyata tau. okay sifu dropship, pergi explain baik-baik, bagi faham budak-budak newbie yang mengelamun panjang itew.

Ermmm, Thx abang keladi, sekarang abang dropship pulak nak explain.

Kenapa masih korang tersungkur tanpa berhabis duit dalam bisnes stail dropship ni?


#1. Menggangap bisnes ni cukup mudah dan senang : 

Oriate bro and sis. betul sangat ker bisnes ni sangat mudah!', kalo mudah takan ler, hanya beberapa ketul jer yang mampu buat duit beribu-ribu lemon, dan yang hang duk pi mana, pi mana, dan tak kemana-mana pun dalam bisnes ni. menangis terus tepi bucu katil uoolss. Okay,  Yang sebenarnya, wahai anak-anak murid ku, bisnes stail dropship ni mudah daripada sudut, jika ada orang yang nak membeli, korang cuma uruskan tentang pembelian tu, dan korang tak payah nak sibuk pasal uruan pengeposan. Tapi yang payahnya adalah, Bagaimana untuk mencari prospek yang betul-betul target market kita, dan ubah mereka jadi client kita, betoi tak. mesti korang dah penat mengayat dan post iklan, sana sini korang tapal iklan kat medium online tu, tapi sampai la ni, satu pown tau mau melekat. #hairan bin ajaib ler. Keuntungan adalah bergantung kepada client dan jadi fikir lah sehabis-habis, perah lah otak, sekuat-kuatnya. supaya keluar semua idea-idea yang WOW, ko memang ohsem bro, ko memang POWER sis!! dan yang pasti jangan terlalu set kan minda korang tu yang bisnes ni sangat mudah, dan tak payah nak kerja giler-giler buat promosi dan  kerja menup gradkan skill.berdropship ni tau.

Oriter der, jom pi point no 2. kalo no 1 tak faham, baca ulang-ulang, bagi kasih terbuka otak tu.


#2. Tiada pengalaman dan skill dalam urusan bisnes. 

Helllo!!! erkkk, terguna pulak ayat si abang keladi benyek dan busuk tu, sorry, okay ni time abang dropship membebel lak yer, jangan kasi korang keliru.

Kenapa gagal dalam bisnes konsep dropship ni!!!

sebab korang memang zero dalam urusan bisnes. betoi kan. okay macam situasi ni, dalam pada korang sibuk mengepos tetiba ada sorang ni tag mesgg. so, korang pown, acah-acah online seller berjaya lah erk.

Pelanggan Dadu : Assalamulaikum sis, saya ada nampak iklan tempoh hari, boleh terangkan tak, produk tu sikit.

online seller is typing...

Wassalam. errk.  yup ubat tu memang mujarab untuk melaawaskan kencing, lepas tu memang mudah penyediaannya. senang jer, pakai air suam jer, tak payah risau-risau, memang kaw kaw power. kalo sis nak, nanti beritahu tau. Harga nyer RM 49.55, nanti bayar post dalam RM10.00. nanti bank inn tau kat dalam acc maybank 025XXXXXXXX. kalo dah bank inn nanti PM saya bukti send duit tu. 

Wahai si online seller yang hebat, ko rasa pelanggan dadu tu akan terus bank inn ker duit kat ko kalo macam tu balas ayat nye. sayonara lah beb. kalo aku dapat online seller Macam tu, Jangan harap aku nak tanya banyak-banyak.

Okay, situasi tu mugkin dah membuka sikit minda korang, betul tak. ada gak macam situasi  korang dah layan dia, dan cukup punya lah bagus, satu persatu maklumat yang korang explain, tapi penat jer sudahnya, pelanggan dadu tu diam membisu.  Tak mengapa ini adalah salah satu pengalaman dan yang pasti korang tau, macam mana nak handle karenah customer yang bajet giler tu. 

Jangan tiru stail si onlie seller diatas tu. sebenarnya dia tak de langsung ilmu CLOSE UP sale. yer. cara dan strategi melayan customer dalam dunia perniagaan ni terutama online bukan macam tu erk. TOLONG catch ilmu seni close sale, Insyallah berduyun-dunyun nanti orang menunggu tak sabar nak bank inn duit. okay sifu tak mau nak expalin kat sini rahsia seni close up, sebab topik ni bukan untuk itu, nanti kalo ada ruang sembang khas, akan ku khaborkan.

Masuk pulak point yang ke 3. ayoii, panjang pulak point no 2 tu, tapi tak apa, asalkan korang faham erk.

#3 Orang Tak Percaya lagi.

Cehwahhhh!!!, punya bergaya dan berdandan si mak lijah ni, cantik berkebaya gitu, bejalan-jalan sambil membawa bakul yang berisi kuih. si mak lijah menjerit, kuih!! kuih!!! Kuih, sedap tau, mak lijah buat karipap power ni letak iti yang banyak, kulitnya pulak, pakai tepung hongkong tau. beli lah, Fuhhhhh, tetiba datang sekumpulan encik duda yang meroyan nak makan karipap power mak lijah, kerana dia benar-benar tau karipap tu walaupun tak sedap, tetapi kalo makan terbayang muka mak lijah yang cun melecun tu.

Erkk. sifu bukan sembang merepek tau, situasi kat atas tu nak menunjukkan kepada korang semua, betoi tak! betoi tak,  dunia bisnes perlu kan TRUST, yup orang berniaga ni perlukan kepercayaan yang tinggi daripada pelanggan. Okay kalo korang tengok situasi kat atas tu, si mak lijah ni memang bergaya dan cantik, dengan baju kebayanya. dan dia pun mengaku, yang kuih karipapnya tu beriti penuh dan tepung yang sedap. Jadi si duda yang mroyan tu, memang betul-betul percaya lah, sungguhpun karipap tu sbenarnya bukan mak lijah yang buat, a'ah, dah kena tipu, tapi atas alasan pada kepercayaan, jadi karipap tu laris terjual.

Korang relate kan pulak pada bisnes online korang tu. adakah pelanggan benar-benar percaya kat korang, okay, tengok tempat korang post iklan tu, contohnya, kalo korang guna Facebook Personal dalam promosi, adakah nama yang korang gunakan tu mencerminkan diri korang, kalo lah korang letak nama power rangers, dan jual pulak barang kosmetik ada ker yang nak percaya dan yakin dengan barang jualan korang tu. ni dah menunjukkan ketidak percayaan prospek terhadap apa yang korang tawarkan tu. jadi mulai daripada sekarang jom kita reramai belajar macam mana nak jadi orang bisnes, tukar cara penyampain korang, belajar lebih dan lebih tentang PERSONAL BRANDING, pecahkan kepala korang dengan idea dan strategi nak menjelmakan korang sebagai orang bisnes yang dihormati dan dipercayai.

#4 Salah Target Customer.

Lor!!! patutlah, barang korang jual tu sepi sendu terus. rupaya selama ini ko tak tau siapa sebenarnya yang memerlukan barang tu. salah target ler. bak kat sifu MB2000, Jangan jual pisang pada Harimau, tetapi pisang kena jual kat monyet. sebabnya harimau tak makan pisang. kalo paksa macam mana pun dia tak makan pisang. silap hari bulan korang pulak yang kena makan. so, selama ini rupa nyeer kita salah target market.

Jual bag tangan tetapi pergi post kat group abang-abang sado, so takan abang sado yang macam nak pakai bag tangan Gucci Butik Petaking Street tu erk, kan dah nampak salah target. 


#5 Tiada Ilmu dan strategi dalam berbisnes

Yang point ini memang mengiler der. dah tercatat kat dalam al-quran. BACALAH. so kalo nak jadi master dalam bisnes dropship ni, mesti kena ada ilmu dan banyak membaca tau. 

Yer. mesti ada ilmu dan rajin mencari maklumat tentang dunia dropship ni. ilmu yang dimaksudkan dalam dunia ini banyak. sebab tak boleh kata itu tak betul ini tak betoi, sebabnya, ilmu itu semua betoi jika memang terbukti dah berjaya. jadi orang yang newbie baru nak belajar berdiri ni kena lah pilih dan bertindak terhadap ilmu yang dipelajarinya tu, jangan lah pulak hangat-hangat tahi ayam jer, tak istiqamah. lepas tu situasi yang berlaku kat newbie pulak, terlalu taksub dengan ilmu-ilmu seni perniagaan online sehingga ter over loaded kepala hotak ko tu. kesan nya, menangis tepi bucu katil, sebab sale langsung tak ada. khikhikihi. 


Fuhhhh... habis sudah 5 point ni, nanti kalo ada masa abang dropship akan kembali di blog si abang keladi ni, okay saya pass button kat abang keladi yer, tunggu dia rapp up, untuk sembang kita ni, dadadda. see u at next entry.


Kesimpulannya,  Thanks sifu dropship, ko memang power,


Erk!!!, korang rasa cukup sangat ke kelima-lima point tu. macam tak cukup kan, otak pown masih buntu dan buntu apa yang boleh di buat eerk, kenapa sale tak de, puas dah jual-menjual ada orang PM, tapi terus senyap. okay no worries, uolls, memang macam tu lah, dunia bisnes online, permulaan memang agak sukar sikit. lepas tu kan, yang sbenarnya adalah sekarang ni bisnes dropship terlalu padat dengan persaingan. YUP, prospek mudah nak cari barang tersebut kat mana-mana. Jadi nak ke tidak korang kena cari jalan bagaimana untuk menang dalam dunia perniagaan dropship ni?

Sifu Irfan Khari ada pesan nak berjaya dalam persaingan ni kena bina perhubungan diantara prospek kita, bila prospek kita dah tahu dan yakin apa yang kita tawarkan maka, peratusan untuk prospek memilih kita sebagai penjual tinggi, okay macam ni lah, kirannya, sekarang abang keladi sedang share sesuatu untuk orang-orang yang benar-benar nak berjaya dalam dunia Dropship, abang keladi cuba sedaya upaya untuk korang yang akan beli e-book saya nanti kenal siapa sebenarnya saya, dan baca artikel-artikel yang percuma dulu, kalo mereka dah lebih trust dengan hasil perkongsian saya secara percuma, mesti mereka mau, sesuatu yang lebih eklusif dan berbayar. betul kan. 

Okay lah, dah larut malam ni, time tengah tulis lah..abang keladi memang suka tulis time malam sebab siang sibuk memperomosi produk.


Jadi pokok pangkalnya adalah sifat kerajinan dan istiqamah kita pada apa yang kita rancang. jangan hari ni gila-gila buat promosi, besok lusa dah lemah lesu. macam-mana lah pospek nak percaya kat kita kan, lepas tu duk fikir, Kenapa lah aku ni masih gagal menjual dalam dropship style ni?

Tamat dah....

~abang keladi sembang-sembang tentang dropship, ada isi ke tak ada isi, jom scroll FB personal saya Nazir Aziz ~


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com