Sembang abang keladi tentang kelebihan bisnes Dropship

Assalamualikum W.b.t, terima kasih kerana sudi singgah ke blog abang keladi nie, moga anda yang membaca artikel ini terus dan terus berjaya.

Okay, untuk entri kali ini, abang keladi masih dalam mood bersembang @moodmalas, kiranya tak mau terlalu penuh kan kepala hotak nie dengan benda-benda yang memberatkan sangat, jadi abang keladi nak sembang-sembang kosong jer lah, biar ku habaq tentang duniaku untuk mu.

#sentiasa mendongak ke langit untuk mencari idea, ohyeah!!

inilah kesannya kan, kalo nak menulis tanpa ada perancangan main bantai jer, #syok sendiri jer, sudahnya, tetiba jer stuck tak tau apa nak tulis. tapi abang keladi tak mau, tak mau dan tak mau, STOP untuk penuhkan artikel yang berguna untuk adik-adik yang terus setia melekat kat dalam blog ni, so, abang keladi tak nak terus give-up, abang keladi mesti bangkit dan kuat untuk gagah menjadi seorang penulis blog yang berjaya.

oriate der!!, tak mau buang masa' lah, hari ni nak sembang pasal apakah kelebihan kita join bisnes dropship ni. ewahhhh!!. memang cantik uollz, semua girlz, or boboyz, sibuk nak join bisnes dropship ni, kononnya mudah ler sangat, tapi memang mudah, cuma kena kerja kuat sikit lah, baru boleh kutib hasil nyer. so, abang keladi yang terlajak hot ni, senagaja simpulkan topik level budak-budak tabika ni, ada yang nak membangkang!!, #ada aku kisah,.


Sembang abang keladi tentang kelebihan bisnes Dropship
Bisnes dropship memang banyak kelebihan, cuma kita perlu pandai dalam bab  pemasaran jer, jika ada tempahan kita tak payah nak susah-susah, pergi pejabat pos tu, hanya deal jer dengan pembekal dan beritahu alamat kemana yang nak dihantar barang kita tu.


Kelebihan Bisnes Dropship


#1. Mudah untuk dijalankan

Korang rasa mudah sangat ke bisnes style dropship ni, raasa-rasannya kan boleh ke korang mencapai target RM 2000 sebulan secara konsisten dengan hasil bisnes dropship ni. "Kalau ada kemahuan disitu ada jalan", kalo mereka yang tak tau apa itu Dropship klik (Dropship). KONSEP bisnes sebegini mampu dan praktikal dilakukan oleh sesiapa sahaja. iya. memang tak perlu mempunyai kemahiran teknikal atau ilmu perniagaan yang tinggi. Tetapi perlu pandai daripada segi pemilihan produk yang kena pada target, cari pembekal yang memang sah dan dipercayai, kemudian menjual, menjual dan terus menjual. lepas tu kira duit erk, $$$$$$$$$$$.


#2. Tidak perlukan modal yang tinggi

Bab tak keluar modal tu memang tak boleh percaya 100%, zaman sekarang ni, sekurang-kurangnya, kalo nak jualan gila-gila masyuk, perlu sedikit pelaburan, so kalo korang rasa bisnes ni memang mudah tanpa keluarkan modal, korang SILAP, zaman sekarang ni dropshipper sangat ramai, so tak kan ler setiap masa korang nak publist iklan promo dan , buat scam kat mana-mana tempat online tu, kan kan kan, so, kena labur sikit masa dan duit untuk ILMU, jadi nanti memang betul korang akan rasa bisnes ni Tidak perlu modal yang tinggi. Istilah tak keluar modal yang tinggi adalah daripada sudut tidak perlu menyewa kedai, membeli stok produk, menggaji pekerja dan sebagainya. So, Ingat yer, perlu sedikit pelaburan untuk mewar-warkan produk korang tu kepada umum.

#3. Fokus kepada jualan dan khidmat pelanggan

Abaikan semua perkara berkaitan operasi, penyimpanan stok ataupun perlu beratur di pejabat pos untuk menghantar produk kepada pelanggan. Semuanya akan diuruskan oleh pihak ketiga. Lakukan jualan secara agresif, belajar ilmu pemasaran dan tingkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.

#4. Tentukan sendiri keuntungan anda

Bagi sesetengah produk yang tidak mempunyai jenama, korang boleh tentukan sendiri berapakah keuntungan yang ingin anda perolehi. pembekal tidak menetapkan berapakah harga jualan yang anda perlu patuhi. Contohnya, ada produk diberikan harga kos RM20, anda bebas menjualnya dengan pelbagai harga sama ada RM30, RM40 dan mugkin. wow RM 100, tak der orang nak marah, asal korang pandai mengayat.

#5. Sesuai untuk permulaan

Bagi korang yang ada impian yang cukup besar untuk memiliki empayar bisnes sendiri, konsep perniagaan dropship ni sangat ler sesuai untuk dilakukan sebagai permulaan untuk korang bertapak. orang tua dah kata. "belajar dulu merangkak, jangan nak terus berjalan laju". 


hu'uh, itu jer ke kelebihan berbisnes style dropship ni.!!!

Banyak lagi, kalo korang rajin update sendiri lah kat blog korang, rasanya memang banyak wei, untung nyer kalo betul-betul kita keep track bisnes ini.

Okay kesimpulannya, dotdotdot. bukan malas nak tulis, abang keladi terlajak hot ni memang berlagak. okay, yang abang keladi nak habak mai, bisnes ni nak strat memang payah, uhuh, payah uolz, kita ni bukan cik ta erk, tak pun kita ni buka Tuan Fizo Omar, tag jer massege kat Instgram tu, wahhhh, banyak gila viewer or follower, so, memang tak heren dik, nak buat dropship style, confirm-confirm free cost marketing + pulak dengan tarik produk tanpa keluar modal. Fuyoooooo. confirm masyuk. Untuk kita yang tak berapa nak merak kayangan ni kena usaha lebih dan  cari branding nama kita, YUP. kena Branding Personal kita, supaya orang sedar kehadiran kita. ubatnya adalah belajar dan terus belajar bagaimana nak tarik manusia  untuk tengok kita, dan kenal siapa kita. 

Untuk abang keladi, saya nak korang kena saya sebagai abang keladi kuat berangan, tak sedar diri dah tua ganyut uollz.

Wasaalam

~Sembang abang keladi megarut dan merapu, tapi ada isi tau.~




No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com