Jadual Harian Muslim yang disusun oleh Ustaz Ismail Kamus

Assalamualaikum sahabat Pakcu, selamat berpuasa yer, Okay tak boleh lah kita nak bergossip-gossip bagai kan, bulan puasa bulan yang penuh berkat, jadi perlu hormat erk.

Baiklah pakcu nak kongsi kan timetable or jadual harian yang mesti di lakukan oleh seorang muslim, maklum lah, kekadang kan kita ni agak berterabur cikit dalam mengamalkan amalan untuk rohani kita nie, kekadang tue terlupa lak, erkkk dah buat solat tahjud, eh' terlupa nak solat witir pulok, last nyer, buat satu malam jerr. yang malam seterusnya hampehh. TAK ISTIQAMAH. so, atas usaha itu maka  perlu diberi kredit dan berterima kasih kat Ustaz Ismail kamus. 

  1. Bangun Malam ( sekitar jam 3 pagi), Mandi dan ambil whuduk.
  2. Solat Sunat Wudhuk.
  3. Solat  Sunat  Taubat.
  4. Solat Sunat Tahajjud. ( 8 Rakaat)
  5. Solat Sunat Hajat ( Minta Allah SWT makbulkan permintaan kita)
  6. Solat Sunat witir 3 Rakaat
  7. Istighfar 100x  أستغفر الله‎‎ ʾastaġfiru l-lāh
  8. Tahlil 300 x لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
  9. Tasbih 40 x
  10. لااله الا نت سبحانك انى كنت من الظالمين (LAA ILAAHA ILLA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU MINAL DHOOLIMIINA)
  11. Solat Sunat Sebelum subuh / Fajar
  12. Solat Subuh
  13. Baca Yassin selepas solat subuh
  14. Solat Sunat Dhuha 6 Rakaat
  15. Solat Zohor ( Solat Sunat sebelum, Solat Sunat Selepas)
  16. Solat Asar ( Solat sunat sebelum)
  17. Solat Maghrib ( solat sunat selepas)
  18. Solat Isya ( Solat sunat sebelum, Solat sunat selepas)
  19. Sebelum Tidur Baca : Al-quran ( Surah Al-Mulk, Surah Sajjadah, Surah Al-Waqiah)
  20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit
Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat. 

(Ustaz Ismail Kamus)

Begitulah yang sepatutnya kanss. kalo macam pakcu ni, memang dah kena sangat follow, diri ni pun dah jauh sangat terkelur daripada landasan, selamat beramal yer, mohon share untuk sesuatu yang bermanfaat.

#Paksukaya

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com