Cara Lafaz niat puasa ramadan

CARA LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN

Wajibkah berniat pada setiap malam atau memadai berniat sekali sahaja pada awal Ramadan untuk berpuasa sebulan?

Mengikut mazhab Syafi'i, wajib berniat pada setiap malam.

Akan tetapi, bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, dia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadan. Namun begitu, sunat juga berniat pada tiap-tiap malam.

1. Cara Lafaz Niat Sebulan Puasa Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadana Kullihi Lillahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala

2. Cara Lafaz Niat Harian Puasa Bulan Ramadan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin 'An Ada-i Fardhi Syahri Ramadana Hazihis Sanati Lillahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

*Selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat. Jangan lupa niat puasa dan sahur ye.. 😉

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com