Resepi Puding Roti

Ramai yang ikut sama terliur bila saya post gambar puding roti semalam. Sedap? Oh, memang sedaplah. 😁😁

Sebab ada yang tanya saya resepi puding roti ni, jadi saya kongsikan kat sini ya. Puan Isteri yang bagi kat saya ni, saya tolong post je.

Boleh Share untuk kawan-kawan nak cuba buat jugak ya. 😊😍

****************
Bahan-bahan untuk puding roti:

8-10 keping roti putih

3 biji telur

1 1/2 cawan susu segar

4 sudu besar gula perang

1 sudu teh esen vanilla

Sedikit butter

Sedikit coklat chips (optional)

Sedikit badam hiris (optional)

*Kismis tak letak sebab tak ada.

************
Cara menyediakan puding roti kukus:

1. Sapu loyang dengan butter.

2. Sapu mentega pada depan dan belakang roti, carik-carikkan. Letakkan roti ke dalam loyang.

3. Blenderkan susu segar, telur, gula dan esen vanilla.

4. Curahkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya sebati dengan adunan tadi. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi.

5. Taburkan kismis dan coklat chip di atas roti.

6. Bakar dalam oven 170° dalam 30-40 minit @ hingga masak.

Bahan-bahan untuk sos kastard:

1 tin susu cair (ideal)

1/2 tin air (guna tin susu cair di atas)

3 sudu besar gula

Secubit garam

2-3 sudu besar tepung kastard

1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakan sos kastard:

1. Masukkan susu cair, air, gula, garam, tepung kastard dan esen vanila ke dalam periuk.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat dan mendidih dengan menggunakan api perlahan.

3. Tutup api. Sejukkan.

Cara menghidang:

1. Potong puding roti (bentuk potongan ikut citarasa).
2. Tuang sos kastard ke atas puding roti.
3. Boleh dihidangkan panas atau sejuk.



No comments:

Post a Comment