Cara buat Karipap

Karipap Kentang Sempoi Yakmat

Bahan kulit karipap:
250 gm butter
400 gm tepung
secubit garam halus
1 sudu teh gula aising/halus
sedikit air sejuk

Caranya mudah je:

1. Mula-mula korang gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.

2. Masukkan butter. Butter ini pastikan dalam keadaan sejuk baru korang keluar dari peti ais. Kendian potong kiub kecil².

(Kalau macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.)

3. Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Tambahkan sedikit² air sejuk. Masukkan air sejuk tu sedikit dulu kalau adunan dah boleh lembut dan mudah di bentuk dah tak payah letak air sejuk lagi.

5. Kalau masih berderai tambahkan lagi sedikit dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.

6. Rehatkan kejap 15 minit lepastu bentukkan suka hati korang, nak buat bentuk D ke, bentuk bulat ke, love ke, ikutlah korang.

Bahan inti:
5 biji kentang/ ubi keledek oren (potong dadu)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
4 sudu besar serbuk kari
2 genggam udang kering (rendam sekejap)
1 genggam ikan bilis
sedikit gula dan garam
½ kiub pati ikan bilis (opsyenel)

Cara buat inti:

1. Kisarkan udang kering bersama ikan bilis.

2. Tumiskan bawang semua.

3. Masukkan udang dan ikan bilis kisar.

4. Masukkan serbuk kari. Gaul hingga naik bau.

5. Masukkan kentang dan sedikit air. Gaul hingga mendidih.

6. Perisakan dan gaul hingga kentang empuk. Siap!

*Boleh refer gambar untuk beberapa tips.

Ingin resipi yang sempoi lagi ikuti

kredit:  Nurhayati Abd Malek.












No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com