Resepi biskut kacang

Resepi Biskut Kacang

Bahan A
2 cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak. Kemudian kisar jangan sampai halus sangat)
2¼ cwn tepung dan baking powder 1/4 sudu teh
½ cwn gula halus
2 sudu besar butter/minyak sapi
Secubit garam.
Bahan B
½ cwn minyak mazola/minyak masak .
Hiasan
*Kuning telur sebagai sapuan atas biskut

Kaedah
Panaskan oven suhu 170°, sediakan dan gris loyang leper untuk bakar biskut.
Gaul sebati bahan A.
Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit,sehingga tak lekat di tangan.

Setelah siap,terapkan dgn acuan pilihan.
Bakar selama 20 minit sahaja.
Untuk memastikan ia telah masak, cuba alihkan biskut dan jika ia bergerak bermakna ia telah masak.
Bolehlah diangkat dan sejukkan diatas besi redai.
Simpan didalam bekas kedap udara.
Biskut Kacang

Biskut Kacang Siap
Rasa biskut ini sangat sedap dan cair dalam mulut. Rasanya juga tidak berapa manis,jadi anda boleh tambah sedikit lagi gula jika anda suka. Jika anda tiada acuan,anda boleh bulat-bulatkan ia dan tekan menggunakan sudu sebelum anda meletakkan sapuan kuning telur.

Jadi cubalah ia hujung minggu nanti, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan di meja pejabat anda. Pasti ‘laku keras’ biskut anda. Jadi jangan lupa untuk mencuba ya!


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com