5 Jenis bisnes yang boleh dibuat sepanjang tempoh PKP

5 JENIS BISNES YANG BOLEH DIBUAT SEPANJANG TEMPOH PKP INI. #pkp 
---

Kita tahu, musibah yang sedang melanda dunia sekarang bagi kesan yang amat besar pada ekonomi global.

Ramai yang hilang punca pendapatan, yang diberhentikan kerja, yang terpaksa tutup bisnes. Allahu. Peritnya di hati yang Tuhan yang tahu.

Tapi ketahuilah, setiap musibah pasti ada hikmahnya. Tugas kita sekarang, fokus untuk terus langkah ke depan, ubah gaya hidup dan bertindak demi kelangsungan hidup.

Jom kita tengok apa 5 Jenis Bisnes Yang Kita Boleh Cuba Sepanjang PKP ni :

1. Food Delivery
Rata rata peniaga makanan sekarang menggunakan kaedah delivery untuk jana income. Dan dengarnya sambutan amat menggalakkan.

Yelah, gamaknya hari hari nak masak pun boring kan. Mujur ada Food Delivery, boleh order saja 😁

2. Runner
Boleh juga ambil upah jadi runner, belikan barang keperluan, hantarkan barang. Sepanjang tempoh PKP ni, kerjaya runner memang tak menang tangan. 

Sebab kebanyakan kita takut nak keluar ke tempat awam atau pasar raya. Mujur ada runner boleh tolong belikan barang dapur. Nak jadi runner secara sendirian boleh, atau kalau nak lebih sistematik, daftar sebagai runner di syarikat yang berdaftar seperti BungkusIt, LalaMove dan banyak lagi. 

3. Content Writer / Penulis Konten
Bagi yang ada kemahiran untuk menulis, inilah masanya untuk jana income dengan kemahiran anda.

Ramai influencer dan syarikat syarikat sedang mencari penulis dan pembina konten untuk website atau blog masing-masing. Ambillah peluang emas ini untuk jana income sebaiknya.

4. Jahit Face Mask
Ya, untuk awak yang ada kemahiran menjahit asas, boleh cuba ambil tempahan menjahit face mask.

Tambahan sekarang stok Face Mask sangat terhad, apa salahnya kita bantu jiran tetangga untuk supply Face Mask jahitan kita sendiri kan?

5. Bisnes Online
Haaa hat ni paling mudah dan tak memerlukan banyak kemahiran. Yang penting rajin dan sentiasa nak belajar.

Sekarang banyak business owner sediakan platform untuk yang nak mulakan bisnes online dari rumah, tinggal kita je nak pilih mana yang sesuai dengan kita.

--

Tahukah anda HAUS juga ada menyediakan platform untuk yang berminat nak jana income dengan mudah dari rumah?

Tanpa sebarang MODAL, tak perlu simpan stok, urusan pos semua HQ settle kan. Best kan? Tinggal nak menjual je ha.

Berminat nak join akak buat bisnes dengan Haus, meh PM tepi meh. Akak sedia membantu 💁

#HausPrihatin
#NoCorona
#JomBuatDuitDenganHaus

Sumber: Haus cosmetic agent (FB)

No comments:

Post a Comment