Resepi Kek Marble Gebu

Marble gebušŸ˜˜

Edit pos rmai nk resipi mai sy xkedekut tp sy tukar myk tu kpd butter cup cair bru helok 

Bahan-bahan
masuk terjun dalam bowl semua
6 biji telur
1 sb ovalate
1/4 cawan susu tepung
1 cawan gula halus(200g)
1/4 cawan susu segar(60g)
220g /2 cawan tepung self rising

campurkan semua bahan mix slow speed 2 mnt up pd hight speed sampai gebu
slow kan volume mixer 2-3 saat masukkan minyak 100g ( 1/2 cawan minyak masak) kacau sebati

bahagikan beberapa bahagian
setiap bahagian letak perise mesti ade 3 perisa ni wajib
A contoh ya  dan letak kan pewarna kuning atau ori perise pisang
B contoh warna hijau letak perasa nenas
c contoh warne merah letak perasa tuty fruity (buah buahan)

mak guna pewarne cecair je oil base

susun sesenduk2 sampai habis last corak kan ikut kreativiti korg
panas kan oven.Guna tingkat bawah sekali letak loyang suhu 150-160 masa 1jam.Kalau oven kecil suhu begitu kdg cepat masak

bile masak sisip kan tepi2 kek dan tebalik kan atas redai 2-3 mnt je bukak loyang dan keluakan atas redai bia 2-3 jam baru dapat corak atas kek tu kalu nak jual sebijik kalau nak potong2 xyah tunggu lamašŸ„°selamat mencuba anak2 mak.balik kg hati2 ya

kredit: hani nisha

No comments:

Post a Comment